. KAMI SATU KELAS .

Diploma in Information Management

Friday, October 22, 2010

Tips belajar last minute.

Okay. First of all salam sejahtera wahai rakyat-rakyat jelata ISD3E5. Kalian sehat? Atau bertambah sakit? Sakit hati, sakit mental, sakit segala sendi oh yes mari-mari baca ini entri. Saya ada ubat nak bagi ;) Tapi ubat neh perlu dipraktikkan bukan hanya setakat kau angguk dan cakap ye ye saya faham. No no no, tetapi caranya mesti disebatikan dalam diri dan ada semangat Aku Boleh ! Hah apa lagi jangan nak buat muka comel-comel korang, ambik buku cepat salin petua neh. Kemudian tampal depan pintu. Haha.

Sekarang kita kena sedar yang masa dah suntuk, ye kita dah tak cukup masa nak study untuk semua subjek. Apatah lagi nak hafal semua term-term. Oh tidak! Pecah kepala kan korang. Jadi padan muka ! Haha. Eh eh main-main, jadi korang perlu lah ambil kesah dengan tips belajar last minute neh. Walaupon tak sedap didengar tapi berfaedah. Harus gitu !

Okay then start salin.

Pertama, beri tumpuan lebih.

Okay semua. Korang faham tak? Beri tumpuan lebih kat mana? Bukan dekat boyfriend ke girlfriend tapi pada pelajaran. Hah amik kauu, poyo gila ayat neh. Kita jangan terlampau fikir yang kita neh dah kesuntukan masa. "Omg dah tak sempat study, alamak macam mana neh. Help help !". Jangan jadi macam tu, tapi yang sepatutnya kita kena hafal apa yang perlu dihafal seperti biasa dan jangan sesekali lengah-lengahkan masa. Dont waste your time dengan FaceBook, ada faham? Neh masa nak exam baru lah nak online 24jam heh amalan tak sopan. Jangan takut tak sempat cover semua topic, tapi patut takot tak dapat jawab time mengadap kertas exam nanti.

Kedua, yakin diri boleh.

Kita kena selalu cakap kita boleh. Tak payah nak bandingkan diri dengan kehebatan orang lain, kita pon hebat apa. Kalau boleh korang tulis besar-besar terang-terang depan meja study korang ke depan katil ke biar tipa-tiap hari nampak. Last-last kauu memang boleh berjaya.

Ketiga, hapuskan tabiat suka tidur.

Alahai tabiat neh memang susah nak lekang dengan diri, kan kan kan? Hah apa kata kita minum kopi yang kawww then stay up sepanjang hari haha. Memang gila lah ! Okay. Waktu tidur perlu dikurangkan dan gunakan lebih banyak masa untuk study. Kalau dah letih nak teruskan study, kita tidur jap tapi tapi jangan lupa kunci jam loceng. Jangan lah pulak tidur sampai esok, agak-agak lah. Tidur lah dalam beberapa jam then bangun balik. Sebenarnya otak kita masih boleh berfikir dengan betul dan bagus walaupun waktu tidur dikurangkan. Ye ke? Aku tak tahuu, but aku jumpa dekat internet, google cakap. So dont blame kalau tak betul.

Keempat, baca bab yang penting je.

Heh dah tau last minute tak payah laa nak berlagak yang kita boleh cover semua topic. So kita baca bab yang penting je dan cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian, salin dan hafal ! Jalan yang terakhir buat lah revision soalan-soalan past semester. Rajin-rajin laa bukak web neh untuk dapatkan past sem question. Tau? Jangan tanya lagi ;)



Haha kalau rasa susah sangat kan korang kita guna cara neh. Amacam? Sticky tattoo note ;) Pandai-pandai lah bawa diri nanti. Aku bagi idea je haha. Semoga berjaya semua kawan-kawan. Go for DL ! Fighting -__-

Dicoret oleh,
Adila Amalyna

No comments:

Post a Comment